Thursday, March 3, 2011

bengkel batik 2011

        Saya telah mengikutisatu bengkel batik pada 2 mac 2011.Bengkel itu sangat seronok.Apabila saya masuki bilik darjah seni,dua orang pelatih sudah ada di dalam bilik tersebut untuk mengajar kami.Salah seorang pelatih itu bernama cikgu Fatimah.Beliau mengajar kami menggunakan canting untuk membuat batik.Canting itu seperti pena tetapi diisi dengan lilin.Saya memilih bunga ros untuk batik.Apabila saya menggariskan gambar bunga ros,lilin mulai menitis ke atas gambar bunga ros saya.Saya membawa gambar itu kepada cikgu Fatimah.Cikgu Fatimah mengeluarkan pisau untuk mengikis titik-titik di gambar saya.Saya meneruskan lukisan batik saya.Kemudian,saya mengecat gambar saya.Selepas itu,gambar saya harus dikeringkan.Apabila saya mendapati gambar saya balik,gambar saya ialah paling cantik.Saya mempelajari bahawa apabila melukis batik kita mesti sabar.Kalau tidak,gambar saya tidak cantik.Kadang-kala kita tidak perlu terburu-buru.

No comments:

Post a Comment